BAHAN-BAHAN:
1) 3 cawan nasi, yang sudah disejukkan
2) 1 biji telur
3) 2-3 sudu besar pes Tom Yam / 1 kuib tomyam
4) 7-10 ekor udang, buang kulit dan bersihkan
5) 2 ekor sotong, buang selaput kulit dan potong bulat
6) 2 batang serai, hiris nipis
7) 3 helai daun limau purut, carik-carikkan
2 sudu besar sos ikan- takda pun takpe
9) Sayur kobis, potong kecil
10) Lobak merah, potong dadu kecil
11) 2-3 helai sawi, hiris nipis
BAHAN-BAHAN UNTUK DIKISAR
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
6 biji cili padi
CARA MEMASAK:
1) Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan wangi.
2) Masukkan udang dan sotong, dan kacau sehingga separuh masak. Kemudian masukkan telur dan kacau seketika.
3)Masukan pula pes tom yam, serai, daun limau purut, lobak merah dan batang sawi (jika guna), kacau seketika di atas api perlahan.
4)Masukkan nasi, kacau sehingga sekata. Tuangkan sos ikan dan teruskan kacau sehingga nasi kering sebati.
5)Kemudian masukkan kobis dan daun sawi. Perasakan dengan sedikit lada sulah, garam dan gula secukup rasa