NASI GORENG IKAN MASIN


 BAHAN-BAHAN:


1) 5 cawan nasi sejuk, dileraikan
2) Sebesar 2 ibu jari orang dewasa, isi ikan tenggiri masin, dipotong kecil
3) 1 camca besar sos tiram
4) 2 sudu makan cili kisar
5) 2 biji telur, dipukul sedikit
6) 2 pokok sawi bok choy, siang berasingan batang dan daunnya, cuci dan toskan
6) 1 biji bawang besar, hiris
7) 2 ulas bawang putih, hiris

CARA MEMASAK:
1.Panaskan 3 camca besar minyak masak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.

2.Tambah sos tiram dan isi ikan masin tenggiri, kacau rata dan masak sekejap. Guna api sederhana dan kacau selalu.

3.Masukkan batang sawi, masak sekejap dan tolak ke tepi kuali. Masukkan telur, biar telur kental dan kacau hingga hancur.

4.Gaul rata dan masukkan nasi. Besarkan api dan kacau hingga rata. Masukkan garam sekiranya ikan masin tidak cukup masin